Buat tatapan dan peringatan kepada saya ...
Apabila roh keluar
dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di
langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :"Wahai orang yang
memandikan, janganlah engkau menuang- kan airmu dalamkeadaan panas.
Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku
terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila
dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah,wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh".Setelah dimandi dan dikafankan, telapak
kaki mayat diikatkan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya
jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin
melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali
terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :"Demi Allah, wahai jemaahku,
aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu
menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung,
sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan
mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak
saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah
sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:"Wahai Kekasihku,
wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamulalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan aku"."Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku
telah aku kumpulkan untuk wariskudan sedikitpun mereka tidak mahu
menanggung kesalahanku"."Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal
kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu
mendoakan aku".
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:Apabila telah
sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke
dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian merekamenarik rohnya
melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dariperut
hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir
sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak
orang itu."Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:"Kalau orang yang nazak itu
orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya
yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini
adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya
kepada sayap JibrailA.S."
Kalau orang yang nazak itu orang
munafik, maka Jibrail A.S.akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka
orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa
itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah
kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah
S.W.T.menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah
malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu
dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan
berkata:"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan
ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah
S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka
dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan
oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat
mautpun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah
sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala
anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak
ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan
ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak
yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana
malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arahtangan maka
malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga
gagal melakukan sebab kaki berkata:Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan
berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki,
makamalaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun berkata:Tidak ada jalan bagimu
dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan
zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin
dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata
mata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa
melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis
kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut
kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan
tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja
mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang
itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan
cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut
dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh
pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu
menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W:Tiga kelompok manusia yang akan
dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ....
~ o ~
Silahkan DICOPAS atau DI SHARE, ..
jika menurut sahabat note ini bermanfaat ...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar